Kuala Lumpur : "Saya rasa kalau anak saya pun nak masuk muzik, saya tak galakkan langsung. Masa depan itu memang tak menentu," kata Datuk Freddie Fernandez.
Freddie yang juga Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) berkongsi perkara itu menerusi saluran YouTube lebih masa (Bukan Sekadar Bicara).
Menerusi topik Royalti Lagu: Siapa Sebenarnya Kaya? kendalian Kamarul Bahrin Haron bersama pengacara bersama Datuk Saniboey Mohd Ismail, Freddie tampil memperkatakan isu hangat yang masih membelenggu industri seni tanah air iaitu royalti.
Menerusi sesi perbincangan mereka, Freddie memaklumkan masalah royalti belum berakhir biarpun sudah lebih 30 tahun dia terbabit dalam industri dan memperjuangkan perkara ini.






