PETALING JAYA – Penduduk dan pengguna kenderaan di Cyberjaya rimas dengan segelintir pemandu kenderaan didakwa warga asing khususnya dari Asia Barat yang dikatakan tidak mematuhi undang-undang lalu lintas sekali gus mengundang risiko kemalangan kepada orang lain.
Menerusi hantaran video rakaman kamera papan pemuka atau dashcam oleh pengguna Thread Anepcrowe7, memperlihatkan dua kenderaan memecut laju di simpang empat ketika lampu isyarat berwarna merah dalam kejadian pada 24 Oktober lalu.
“Mengikut pengalaman aku dekat Cyberjaya, biasa yang bawa laju geng Arab yang ramai. Setiap hari mesti jumpa yang bawa macam









