SEREMBAN: Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyelar kenyataan Timbalan Presiden Perikatan Nasional (PN) merangkap Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta BERSATU meninggalkan PN susulan krisis dalam gabungan itu.
Beliau mendakwa, apa yang sebenarnya menjadi punca krisis berkenaan adalah disebabkan pemimpin PAS sendiri melanggar Perlembagaan PN, selain menindas, tidak amanah, melakukan perbuatan khianat, gagal berlaku adil, malah bertindak zalim terhadap rakan gabungan.
Katanya, apa juga tindakan salah yang dilakukan pemimpin PAS dalam PN tidak sepatutnya disokong oleh Tuan Ibrahim kerana ia jelas melanggar undang-undang dan tidak mengikut ajaran Islam.









