Baru Bian berkata Mahkamah Tinggi Malaya tidak mempunyai bidang kuasa mendengar kesnya kerana punca tindakan berlaku di Sarawak.KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Selangau Baru Bian untuk mengetepikan saman PKR terhadapnya berhubung dakwaan melanggar bon bernilai RM10 juta.
Baru, 68, adalah seorang daripada enam bekas Ahli Parlimen PKR yang disaman parti itu kerana didakwa melanggar bon yang ditandatangani sebelum PRU14 pada 2018.
Hakim Roslan Mat Nor menolak permohonan itu selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak dalam prosiding berkenaan.
“Mahkamah menolak permohonan defendan pertama (Baru) dengan kos RM4,000,” katanya.









