KAPIT - Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa ditemukan tertimbus dalam tanah berhampiran sebuah rumah sewa di Jalan Airport di sini semalam.Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Rohana Nanu berkata, bayi yang baharu dilahirkan tu ditemukan anggota polis selepas terdengar tangisannya ketika menjalankan pencarian di lokasi berkenaan."Polis menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 2.30 petang semalam. Pada waktu itu, anggota terdengar tangisan bayi sebelum melakukan pencarian dan menemukannya tertimbus dalam tanah," katanya ketika dihubungi hari ini.Rohana berkata, bayi yang berada dalam keadaan kritikal itu dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut dan ibunya juga sudah dikenal pasti namun siasatan belum dilakukan kerana dia sedang dirawat.Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. - Bernama
Anggota polis dengar bunyi tangisan, bongkar penemuan bayi dalam tanah

Key takeaways
Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemukan dalam tanah berhampiran rumah sewa di Kapit selepas anggota polis mendengar tangisannya.
- Bayi ditemukan dalam keadaan kritikal dan dihantar ke hospital.
- Anggota polis mendengar tangisan bayi semasa melakukan pencarian.
- Ibu bayi sudah dikenal pasti tetapi siasatan belum dilakukan kerana dia sedang dirawat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- October 29, 2026 at 8:06 AM GMT+8
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Shuhaily mengaku tidak bersalah cederakan dua anggota polis
- Sinar Harian Anggota polis dengar bunyi tangisan, bongkar penemuan bayi dalam tanah (this story)
- Harian Metro Polis bongkar seludup migran, 36 ditahan
- Utusan Malaysia Polis bongkar seludup migran, 36 ditahan








