Hakim Choo Kah Sing berkata Rosli Dahlan menunjukkan ada asas untuk berhujah perintah pembekuan akaunnya mungkin dipengaruhi niat jahat, tujuan tidak wajar, tindakan tidak munasabah atau penyalahgunaan kuasa.PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan peguam Rosli Dahlan mencabar keputusan polis dan kerajaan membekukan empat akaun Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) miliknya berhubung dakwaan pengubahan wang haram.

Hakim Choo Kah Sing membenarkan Rosli meneruskan permohonan semakan kehakiman terhadap tindakan polis dan kerajaan, selepas mendapati cabarannya terhadap pihak berkuasa tidak boleh dianggap sebagai remeh atau tidak berasas.

Pada 2024, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman Rosli atas alasan akaun berkenaan disita sebagai sebahagian siasatan pengubahan wang haram.