Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini bagi memperkukuh perlindungan pengguna khususnya kanak-kanak daripada risiko keselamatan digital. (Gambar Envato Elements)KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang meneliti keperluan langkah kawal selia tambahan terhadap permainan dalam talian termasuk platform Roblox bagi memperkukuh perlindungan pengguna, khususnya kanak-kanak daripada risiko keselamatan digital.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata SKMM bersama Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) sedang menjalankan kajian terhadap perkembangan dan risiko permainan dalam talian, termasuk aspek interaksi antara pengguna, kandungan permainan serta langkah perlindungan dilaksanakan oleh pemberi perkhidmatan.