KPM kenal pasti 691 guru dikenal pasti perlu intervensi segera berkaitan kesejahteraan psikologi selepas saringan terhadap 82,126 guru di seluruh negara. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mempersoalkan sama ada saringan psikologi Kementerian Pendidikan (KPM) mampu mengenal pasti semua guru yang memerlukan bantuan, termasuk mereka yang menyembunyikan tekanan dialami.
Setiausaha Agung NUTP Fouzi Singon berkata, perkara itu perlu diteliti selepas hanya 691 daripada 82,126 guru yang menjalani saringan dikenal pasti memerlukan intervensi segera.
Katanya, jumlah itu juga perlu dilihat dalam konteks keseluruhan 428,379 guru di seluruh negara bagi menilai sejauh mana kaedah saringan sedia ada mampu mengesan risiko psikologi secara menyeluruh.




