Menteri Pertahanan Khaled Nordin (kanan) saksikan ketibaan pesawat tempur ringan FA-50M pertama yang diperoleh TUDM dari Korea Selatan di Pangkalan Udara Labuan hari ini. (Gambar Bernama)LABUAN: Menteri Pertahanan Khaled Nordin hari ini menerima dua pesawat tempur ringan FA-50M pertama yang diperoleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sekali gus menandakan pencapaian penting dalam usaha memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara.

Kedua-dua pesawat yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries itu tiba di Pangkalan Udara TUDM Labuan selepas diterbangkan dari Sacheon, Korea Selatan.

Khaled berkata, majlis penyerahan rasmi pesawat itu dijadualkan berlangsung pada pertengahan November ini di Pangkalan Udara TUDM Kuantan, Pahang.