Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu bahawa kucing-kucing Noraseela Khalid telah divaksin, di dalam rumah, dan tidak mengganggu penghuni lain.PETALING JAYA: Olahragawati Olimpik, Noraseela Khalid, mendapat hak untuk membela kucing-kucingnya di pangsapuri beliau selepas berjaya mencabar larangan menyeluruh terhadap haiwan peliharaan, yang dikuatkuasakan oleh badan pengurusan bersama (JMB).

Peguam Noraseela, Rajesh Nagarajan, berkata Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan bahawa JMB Shang Villa Condominium tidak boleh bergantung kepada kaedah-kaedah dalaman (house rules) untuk mengenakan larangan tanpa syarat ke atas membela haiwan peliharaan di unit kediaman.

Mahkamah memutuskan bahawa JMB tidak boleh menggunakan Kaedah Dalaman 9.0 untuk menghalang Noraseela daripada membela tiga ekor kucingnya di unit kediamannya, sekali gus menjadikan kaedah tersebut tidak boleh dikuatkuasakan.