CHINA: Fenomena jualan murah sempena kempen beli-belah Double 11 di China mencapai tahap luar biasa apabila seorang pembeli dari wilayah timur negara itu berjaya memperoleh sebuah unit pangsapuri di timur laut China pada harga hanya 11 yuan (RM6.70).

Menurut laporan South China Morning Post, pangsapuri berkenaan ialah unit dua bilik tidur berkeluasan 68 meter persegi yang terletak di tingkat tujuh di wilayah Heilongjiang.

Taobao dikendalikan oleh Alibaba, yang juga pemilik South China Morning Post.

Penyenaraian hartanah itu dibuka pada harga permulaan satu yuan, dengan kenaikan bidaan sebanyak 0.01 yuan bagi setiap tawaran dan had maksimum ditetapkan pada 11 yuan.