Seoul: Polis Korea Selatan melancarkan siasatan selepas calon yang memperoleh markah tertinggi dalam Peperiksaan Kebangsaan Akauntan Cukai mengaku menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk meniru ketika menduduki ujian itu.
Calon berkenaan, yang menduduki tempat pertama dalam kedua-dua pusingan peperiksaan kelayakan kebangsaan pada April dan Julai lalu, mengemukakan pengakuan bertulis menerusi peguamnya serta mengakui menggunakan AI untuk mendapatkan jawapan ketika ujian berlangsung.
Dia memperoleh 397.5 daripada 400 markah dalam pusingan pertama dengan hanya satu daripada 160 soalan dijawab salah, sekali gus mencetuskan dakwaan bahawa dia menggunakan cermin mata pintar untuk meniru, namun perkara itu pada mulanya dinafikannya.









