SHAH ALAM - Seramai 26 daripada 79 calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kehilangan wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya 12.5 peratus daripada jumlah keseluruhan undi sah.Jumlah tersebut bersamaan dengan 33 peratus atau hampir satu pertiga daripada keseluruhan calon pada pilihan raya tersebut.Daripada jumlah itu, Parti Bersama Malaysia (Bersama) mencatatkan jumlah tertinggi apabila 15 daripada 16 calonnya kehilangan deposit.Calon parti berkenaan yang bertanding di Kuala Linggi, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Sungai Udang, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Telok Mas dan Serkam gagal melepasi paras minimum undi ditetapkan.Bagaimanapun, calonnya di Bemban berjaya mengekalkan deposit.Sementara itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merekodkan lima calon kehilangan deposit daripada tujuh kerusi yang ditandingi.Lima kerusi berkenaan ialah Sungai Udang, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban, manakala calon di Lendu dan Pantai Kundor berjaya mengekalkan deposit.Bagi Pakatan Harapan (PH) pula, dua calon mereka kehilangan deposit masing-masing di Ayer Limau dan Serkam.Selain itu, seorang calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) di Gadek dan tiga calon Bebas di Bukit Katil, Bemban dan Sungai Rambai turut kehilangan deposit.Mengikut peraturan pilihan raya, calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan atau 12.5 peratus daripada jumlah keseluruhan undi sah bagi mengelakkan wang deposit mereka dilucutkan.
PRN Melaka: 26 daripada 79 calon hilang deposit

Key takeaways
26 daripada 79 calon PRN Melaka kehilangan wang deposit kerana gagal capai 12.5 peratus undi sah.
- Bersama kehilangan 15 daripada 16 calon deposit.
- Bersatu kehilangan lima calon daripada tujuh kerusi yang ditandingi.
- PH kehilangan dua calon di Ayer Limau dan Serkam.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- By
- MOHD HAFIZ ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia 15 calon Bersama hilang deposit, lima Bersatu, seorang PH
- Sinar Harian PRN Melaka: 26 daripada 79 calon hilang deposit (this story)
- Utusan Malaysia Calon Bersama paling ramai hilang deposit
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: 15 dari 16 calon Bersama hilang wang deposit









