Serdang: MBPG meneruskan kemaraan dalam saingan Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 Zon Tengah-Selatan apabila berjaya menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan Warisan A pada aksi suku akhir, hari ini.
Saingan yang berlangsung di Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menyaksikan MBPG mempamerkan aksi meyakinkan apabila mencatat kemenangan straight set 15-9, 15-9 untuk mengesahkan tempat dalam kelompok empat pasukan terbaik kejohanan.
Turut mengiringi kemaraan MBPG ialah SSMT JR C yang mempamerkan semangat juang tinggi untuk menyingkirkan KV Johor menerusi kemenangan 15-8, 17-15.
Kejayaan itu menyaksikan SSMT JR C perlu bekerja keras pada set kedua sebelum berjaya menamatkan cabaran KV Johor sekali gus mengesahkan tiket ke separuh akhir.









