Berpeluang bekerjasama dengan komposer tersohor dari Indonesia, Ilham Baso buat kali pertama, penyanyi Iskandar Ismail tampil meluahkan rasa teruja menerusi single berjudul Aku Salah.
Iskandar, 48, berkata, karya terbaharunya itu mengangkat tiga elemen utama dalam penceritaan iaitu berkaitan cinta, kesilapan dan peluang kedua.
Menurutnya, dia terbang ke negara jiran bagi menyempurnakan rakaman vokal sambil dibimbing secara langsung oleh Ilham, manakala pembikinan klip video pula dijalankan di Kuala Lumpur.
Meskipun ini adalah kerjasama sulung mereka, Iskandar diberi kepercayaan untuk memilih daripada empat hingga lima lagu yang diserahkan oleh Ilham sebelum akhirnya memilih lagu Aku Salah.






