Kuala Lumpur: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa menggunakan pendekatan yang bersifat empati kepada peminjam bagi pembayaran balik hutang pinjaman mereka.
Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim turut mengambil contoh, graduan yang membuat pinjaman PTPTN akan diberi tempoh bertenang atau tidak dikehendaki membayar hutang dalam tempoh 12 bulan selepas mereka tamat pinjaman.
"Kita bagi tempoh bertenang. Selepas itu baru mereka kena membuat pembayaran mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.
"Tetapi katakanlah selepas itu dia masih belum mendapatkan pekerjaan, mereka boleh datang jumpa kita untuk membuat penangguhan bayaran balik pinjaman," katanya ketika menjadi panel dalam Podcast Apa-Apa Sahaja Harian Metro bertajuk Pendidikan Lestari, Masa Depan Generasi.






