Sepang: Jenama topi keledar tempatan, KYT terus mencipta nama di pentas antarabangsa apabila menjadi pilihan beberapa pelumba ternama termasuk dalam Kejuaraan Dunia MotoGP.
Pengarah Perniagaan dan Permotoran Kumpulan MKA, Doc Dol berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan kepada sukan permotoran dalam usaha mengukuhkan lagi jenama tempatan itu di peringkat global.
"Kalau kita lihat dalam Kejuaraan Dunia MotoGP sahaja, kita mempunyai Diogo Moreira yang beraksi bersama Honda serta Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3) dalam kelas MotoGP.
"Dalam kelas Moto2 dan Moto3 juga, kita mempunyai pelumba yang menggunakan jenama KYT. Secara keseluruhan, dalam Kejuaraan Dunia, KYT sentiasa mempunyai wakil dalam ketiga-tiga kelas (termasuk Moto3).








