Paris: Achraf Hakimi mencuri tumpuan apabila meledak hatrik untuk membantu Paris Saint Germain (PSG) membelasah Le Havre 5-1 dalam aksi Ligue 1, awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan juara Eropah berkenaan terus mengukuhkan kedudukan di puncak liga walaupun menurunkan barisan yang dirombak dengan beberapa tonggak utama direhatkan.

PSG kini mengumpul 20 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan, dua mata mengatasi Lille yang melonjak ke tangga kedua hasil kemenangan 1-0 ke atas Lens.

Rennes yang sebelum ini menjadi pencabar terdekat PSG pula terpaksa menelan kekalahan 2-5 kepada Nice, sekali gus ketinggalan empat mata di belakang pendahulu.