LONDON: Pengendali Chelsea, Xabi Alonso menegaskan tiada perancangan untuk meminjamkan pemain muda Brazil, Estevao pada jendela perpindahan Januari meskipun pemain berusia 19 tahun itu masih bergelut mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Estevao yang mencuri perhatian menerusi beberapa aksi menarik musim lalu, setakat ini belum diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah kendalian Alonso.

Malah, pemain yang menyertai Chelsea dari Palmeiras itu hanya mengumpul 172 minit permainan bersama skuad utama setakat musim ini.

Dia turut sekadar memanaskan bangku simpanan ketika Chelsea tersingkir daripada saingan Piala Liga selepas tewas kepada Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti, Rabu lalu.