TEHRAN: Iran memberi amaran tegas bahawa ia tidak akan sekali-kali melepaskan kawalan ke atas Selat Hormuz selepas beberapa kes membabitkan kapal tangki minyak melanggar periuk api di perairan itu.

Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memaklumkan empat kes terbaharu berasingan membabitkan kapal tangki minyak gergasi atau 'supertanker' dilaporkan berlaku di kawasan Selat Hormuz.

Menurut IRGC, dua daripada kapal tangki berkenaan disahkan terkena periuk api selepas menggunakan laluan yang didakwa tidak dibenarkan serta tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Iran.

Kedua-dua kapal itu dilaporkan membawa kira-kira dua juta tong minyak mentah setiap satu ketika kemalangan berlaku.