Johor Bahru: Perselisihan faham berkaitan isu pinjaman disyaki punca seorang lelaki hampir dilanggar sebuah kereta Taman Pulai Utama, Skudai di sini, semalam yang video mengenainya turut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di hadapan sebuah pasar raya itu pada 6.38 petang.
"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham berkaitan isu pinjaman wang antara kedua-dua pihak yang saling mengenali.
"Mangsa lelaki tempatan berusia 35 tahun patah kaki kanan susulan kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.








