JOHOR BAHRU: Perselisihan faham berkaitan isu pinjaman hingga mencetuskan pergaduhan disyaki menjadi punca seorang lelaki hampir dilanggar sebuah kereta Taman Pulai Utama, Skudai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di hadapan sebuah pasar raya itu pada jam 6.38 petang.

"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham berkaitan isu pinjaman wang antara kedua-dua pihak yang saling mengenali.

"Mangsa lelaki tempatan berusia 35 tahun patah kaki kanan susulan kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.