DALAM konteks kenegaraan, kemajuan material sahaja tidak memadai tanpa masyarakat yang berpengetahuan, berakhlak dan berupaya menilai sesuatu secara rasional.
Sehubungan itu, minat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terhadap majlis ilmu dan pembacaan karya intelektual memperlihatkan hubungan antara kepemimpinan, pemikiran kritis dan pembinaan peradaban.
Dua peristiwa mutakhir, iaitu Majlis Ilmu MADANI bersama Ustaz Abdul Somad Batubara di Kompleks Seri Perdana dan perkongsian beliau mengenai buku terbaharu James Marriott, memperlihatkan kesinambungan antara tradisi berguru dengan pembacaan mendalam.
Anwar menyatakan hasrat menjadikan kediaman rasmi Perdana Menteri sebagai gedung ilmu, meskipun beliau tidak menetap di situ.









