KEDAULATAN Raja dan keluhuran undang-undang tubuh negeri ialah tiang seri kepada kelangsungan sistem Perlembagaan dan perundangan negara.
Ia bukan sekadar himpunan peruntukan statutori, sebaliknya piagam asas memelihara kedaulatan watan serta menetapkan pembahagian fungsi kuasa di bawah pemerintahan Raja Pemerintah.
Dalam konteks Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS), konsep Raja mempunyai keunikan tersendiri kerana tidak merujuk kepada seorang individu semata-mata.
Perkara 28 mentakrifkan Raja sebagai Yang di-Pertuan Besar bersama Pembesar Memerintah, iaitu empat Undang Luak, masing-masing Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau serta Tunku Besar Tampin.









