WASHINGTON: Usahawan Amerika Syarikat (AS), Elon Musk, berkata syarikatnya, Neuralink, memperkenalkan produk baharu, Blindsight, yang direka untuk membolehkan individu kehilangan penglihatan melihat semula, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Produk kedua kami dinamakan Blindsight dan seperti namanya, ia akan membolehkan mereka yang buta sepenuhnya atau tidak pernah mempunyai penglihatan, memperoleh keupayaan penglihatan.
"Dari sudut kejuruteraan, ia sudah siap. Kami hanya menunggu kelulusan pihak pengawal selia," kata Musk menerusi platform X.
Jutawan itu turut menyebut satu lagi produk syarikat berkenaan, Telepathy, yang diperkenalkan pada 2024.








