KUALA LUMPUR: Ibu bapa disaran supaya memupuk kesedaran dan disiplin merancang kewangan seawal mungkin bagi memastikan masa depan pendidikan anak-anak terjamin tanpa perlu bergantung kepada pinjaman.
Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ahmad Dasuki Abdul Majid, berkata keadaan kewangan atau pendapatan yang tidak mencukupi tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak membuat simpanan.
Beliau mengesyorkan, pengurusan gaji menerusi formula '6211' sebagai panduan agihan kewangan bulanan yang seimbang.
"Menerusi formula ini, sebanyak 60 peratus daripada gaji diperuntukkan untuk komitmen bulanan, 20 peratus bagi simpanan dan pelaburan, 10 peratus untuk takaful manakala baki 10 peratus lagi adalah bagi perbelanjaan peribadi.








