Tanggal 20 Oktober hadir setiap tahun. Bagi masyarakat umum, tarikh ini mungkin tidak membawa sebarang pengertian khusus. Namun, bagi pengamal statistik dan mereka yang memahami kepentingannya, tarikh ini mempunyai makna tersendiri kerana diraikan sebagai Hari Statistik Negara (HSN).
Sambutan ini bukan sekadar menghargai peranan statistik, malah ruang mendekatkan statistik kepada masyarakat dan memperlihatkan kepentingannya dalam kehidupan seharian serta pembangunan negara.
Mengimbas kembali, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan 20 Oktober 2010 sebagai Hari Statistik Sedunia bagi mengiktiraf kepentingan statistik rasmi dalam pembangunan global. Sambutan ini kemudian diteruskan setiap lima tahun dengan sambutan keempat berlangsung pada 2025.










