Paris: Penyerang Bayern Munich, Harry Kane muncul pemenang Ballon d'Or 2026 dengan kelebihan hanya 28 mata ke atas pencabar terdekatnya, Kylian Mbappe, sekali gus mencatat jurang kemenangan paling tipis dalam sejarah sistem pengundian semasa anugerah berprestij itu.

Perkara itu didedahkan majalah France Football yang mengendalikan anugerah berkenaan menerusi pecahan keputusan undian yang diterbitkan dalam edisi terbaharunya, semalam.

Kane, yang menjadi pemain England pertama memenangi anugerah itu sejak Michael Owen pada 2001, mengumpul 1,055 mata hasil 40 undian tempat pertama daripada keseluruhan 100 juri.

Kapten Perancis yang juga tonggak Real Madrid, Mbappe pula memperoleh 1,027 mata selepas menduduki tempat pertama dalam senarai pilihan 23 juri.