KUALA LUMPUR: Kumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai 'Leakers' mendedahkan motif di sebalik kes pencerobohan sistem paparan diod pemancar cahaya (LED) di Kluang, Johor yang menyebabkan video lucah dipaparkan pada skrin itu, kelmarin.
Menurut kumpulan itu, serangan berkenaan sebelum ini menjejaskan beberapa negara termasuk Mesir, Iraq, Brazil, China, dan Malaysia.
Bercakap kepada portal The Cairo Report, wakil sindiket itu, berkata ahlinya sudah mengeksploitasi kelemahan pada perisian yang digunakan untuk memindahkan kandungan ke paparan LED.
Bagaimanapun, mereka menjelaskan bahawa serangan terbabit tidak menyasarkan papan iklan di Mesir secara khusus.









