KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka bergerak dalam fasa konsolidasi minggu depan dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diunjur diniagakan dalam jajaran 1,600 hingga 1,630 dengan kecenderungan positif secara sederhana.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata prospek pasaran kekal optimis namun berhati-hati, dengan aktiviti pembelian terpilih terhadap saham pada harga rendah terutama saham mewah yang mempunyai asas kukuh dijangka menyokong pasaran tempatan.

"Indeks petunjuk pasaran menunjukkan daya tahan pada paras sekitar 1,600 mata minggu ini walaupun pergerakan berterusan melepasi paras 1,620 mata dijangka sukar dicapai tanpa pembabitan belian yang lebih kukuh.