Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berharap perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) diperluas kepada parti pembangkang lain.AYER KEROH: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berharap perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) diperluas kepada parti lain, sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.

Katanya, beliau menyokong perjanjian itu yang disifatkan perkembangan baik dalam usaha menangani permasalahan rakyat.

“Pada hemat saya, apa yang dilakukan ini satu langkah baik dan pernah dilaksanakan kerajaan ketika wakil Umno menjadi perdana menteri sebelum ini,” katanya kepada media selepas mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Ab Rauf Yusoh bagi kerusi Tanjung Bidara di pusat penamaan calon.