SEPANG: Ducati mengakui berat hati melepaskan Francesco Bagnaia yang dianggap legenda pasukan, namun bersedia menghadapi cabaran baharu menguruskan gandingan Marc Márquez dan Pedro Acosta dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2027.
Ketua Komunikasi MotoGP Ducati Corse, Artur Vilalta, berkata pemergian Bagnaia pada penghujung musim ini memberikan kesan emosi kepada pasukan selepas pelumba Itali itu memainkan peranan penting mengembalikan kegemilangan Ducati.
Beliau berkata, sumbangan Bagnaia yang lebih dikenali sebagai Pecco bukan sahaja diukur berdasarkan jumlah kemenangan, malah kejayaannya membawa Ducati kembali merangkul kejuaraan dunia selepas menunggu selama 15 tahun.
"Daripada sudut emosi, memang sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Pecco kerana beliau adalah legenda Ducati.









