KLUANG – Dua pasangan masyarakat Orang Asli antara 10 pasangan yang menyertai Program Walimatulurus Perdana Peringkat Daerah Kluang di Dewan Jubli Intan kelolaan Pejabat Kadi Daerah Kluang, di sini, hari ini.

Lebih menggembirakan semua pasangan ini, mereka hanya perlu membayar wang upah nikah serta pendaftaran, manakala urusan selebihnya ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor dibawah inisiatif Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Hanizal Kamal, 24, dan Zaimah Rashid,30, masing-masing dari Kampung Orang Asli Pasir Intan dan Punjut berkata, peluang disediakan oleh pihak MAINJ ini dianggap rezeki yang tidak disangka kerana selain murah ia juga mudah untuk berurusan.