KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan memperkasak semula program Desa Takwa dengan memberi tumpuan kepada lima teras pembangunan komuniti sebagai antara usaha menangani masalah sosial termasuk penyalahgunaan dadah yang terus menjadi perhatian di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, usaha membendung masalah dadah bukan hanya tanggungjawab kerajaan negeri sebaliknya memerlukan kerjasama masyarakat, ibu bapa serta agensi Kerajaan Persekutuan.

Katanya, isu penyalahgunaan dadah di Kelantan bukan perkara baharu malah sudah dibangkitkan sejak zaman bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat khususnya membabitkan penyalahgunaan pil kuda.

“Pil kuda memang tertinggi di Kelanta tetapi dadah ini banyak jenisnya dan cara penggunaannya. Kalau pil kuda digunakan di Kelantan, ada beberapa jenis dadah yang tinggi di negeri-negeri lain mengikut cara penggunaan.