Rabaie Ab Hamid (tiga dari kiri) dipertaruhkan Bersatu untuk merampas semula kerusi DUN Bemban pada PRN Melaka. (Gambar Facebook)HANG TUAH JAYA: Bersatu terbuka menerima kerjasama daripada mana-mana pihak pada PRN Melaka selagi ia tidak perlu mengorbankan kerusi yang ditandinginya, kata Ketua Penerangannya Tun Faisal Ismail Aziz.

Beliau berkata kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Amirudin Shari bahawa gabungan itu perlu menghormati keputusan menyerahkan kerusi Bemban kepada Bersatu merupakan perkembangan positif.

Menurutnya, Bersatu mengalu-alukan sebarang bantuan yang dapat meningkatkan peluang calonnya memenangi kerusi berkenaan, selagi tidak menjejaskan prinsip parti.

“Bersatu memang terbuka menerima kerjasama daripada mana-mana pihak selagi kita tidak mengorbankan kerusi kita.