Di tengah-tengah kawasan bandar yang pesat membangun, siapa menyangka masih terdapat kedai makan yang menawarkan hidangan dan minuman pada harga bawah RM20.

Terletak di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, kedai ABC Pilih Kasih menawarkan air batu campur (ABC) dan lai chi kang pada harga RM5 hingga RM6 semangkuk mengikut jenis.

Pemilik, Khir Azam Ibrahim, 58, berkata, harga makanan dan minuman yang dijualnya dikekalkan pada kadar berpatutan sejak 16 tahun lalu memandangkan kebanyakan pelanggannya adalah terdiri daripada pelajar sekolah.

Antara menu kegemaran pengunjung ABC, Sup Perut, Sup Urat Keting, Minum Sup, Set Nasi telur dada di Kedai ABC Pilih Kasih Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Seremban. Selain itu, kedainya turut menyediakan pelbagai hidangan berasaskan sup yang sesuai dinikmati pelanggan daripada pelbagai peringkat usia.