Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan sentiasa peduli dengan masalah rakyat di seluruh negara, termasuk negeri di bawah pemerintahan pembangkang, dan menolak tuduhan diskriminasi. Beliau menekankan komitmen kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu rakyat dan memperbaiki infrastruktur pendidikan.
- Anwar menolak tuduhan diskriminasi dan menegaskan kerajaan komited menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira politik.
- Kerajaan telah menyalurkan semula bantuan sagu hati guru agama dan membaik pulih bangunan sekolah pondok sejak 2003.
- Anwar menegaskan bahawa masalah rakyat di Kelantan adalah masalah negara dan kerajaan akan terus membantu.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kajang: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan sentiasa cakna terhadap permasalahan rakyat seluruh negara termasuk di negeri ditadbir pembangkang.
Anwar berkata, ia sekali gus menepis tohmahan kononnya wujud diskriminasi pentadbiran.
Beliau berkata, kerajaan komited menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira perbezaan fahaman politik, termasuk menyalurkan semula bantuan sagu hati guru agama dan membaik pulih bangunan sekolah pondok yang terabai sejak 2003.
"Kelantan bukan kerajaan daripada parti yang sama tetapi masalah rakyat adalah masalah kita.