KUALA LUMPUR: Pergerakan trafik di beberapa lebuh raya utama negara mula perlahan susulan peningkatan kenderaan petang ini, berikutan orang ramai memulakan perjalanan sempena Deepavali esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, antara laluan terbabit ialah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E1 dari Trolak ke Bidor, Gopeng ke Simpang Pulai, Alor Pongsu ke Jawi serta Perai ke Bertam bagi arah utara manakala Perai ke Juru bagi arah selatan.

Di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E2, trafik meningkat dan perlahan di Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar, Bandar Seri Putra ke Bangi, Sedenak ke Ayer Hitam serta Skudai ke Senai bagi arah utara.

Arah selatan membabitkan Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Bangi, Nilai ke Senawang dan Kempas ke Pasir Gudang.