KETIKA artikel ini ditulis, dunia sudah pun merasai impak ‘derhaka’ apabila kita gagal patuh kepada had pelepasan jejak karbon di bawah 1.5 darjah celcius seperti dalam Perjanjian Iklim Paris.
Kepanasan dunia, bencana alam akan makin mengerikan sekiranya kita masih ingkar menjaga suhu bumi di bawah 2.8 darjah celcius menjelang 2100. Sampai mati kita harus menjawab segala dosa-dosa seandainya generasi akan datang mempersoalkan mengapa kita mendiamkan sistem yang menyebabkan dunia mereka tinggal menjadi malapetaka.
Digger membawa keresahan itu di layar, Alejandro González Iñárritu seperti filem lainnya cuba menggagaskan sesuatu yang kebetulan muncul ketika Asia Tenggara sedang bergelut dengan masalah jerebu selama berbulan-bulan, mengakibatkan maut, membuat ribuan menghidap sakit pernafasan kekal.










%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fimage5_413759.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)