Persatuan pengusaha stesen minyak berkata, tiada sebarang keuntungan untuk ahlinya sengaja campur air ke dalam petrol.PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menafikan dakwaan bahawa ahlinya sengaja mencampurkan air ke dalam petrol demi keuntungan perniagaan, menegaskan tindakan itu 'tidak memberikan sebarang manfaat ekonomi kepada pengusaha'.
"(Tindakan itu) sebaliknya boleh merosakkan kenderaan, menjejaskan keyakinan pelanggan serta merugikan perniagaan mereka sendiri," kata persatuan itu dalam kenyataan, susulan timbulnya dakwaan di beberapa negeri bulan lepas, termasuk Perak dan Kedah, berhubung petrol RON95 yang dicampur air.
Menurut persatuan itu, pemeriksaan awal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di 11 stesen minyak di Kedah serta enam di Perak mendapati tiada air dikesan di dalam tangki simpanan bahan api bawah tanah yang diperiksa.





