SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mungkin perlu ditutup sekali lagi bagi kerja penurapan semula susulan maklum balas pelumba mengenai keadaan permukaan litar yang kurang memuaskan pada Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2026, hujung minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, berkata keputusan sama ada kerja penurapan itu melibatkan keseluruhan litar atau hanya bahagian tertentu akan dibuat selepas pihaknya menerima laporan penuh daripada Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dan pihak MotoGP.

Beliau berkata, kerja penurapan semula dijangka melibatkan kos jutaan ringgit, bergantung kepada skop kerja serta harga bahan bitumen yang digunakan.

"Kalau perlu, kita akan menggunakan sumber kewangan sendiri untuk melaksanakan kerja penurapan semula ini. Bagaimanapun, keputusan sama ada untuk melakukan penurapan penuh atau sebahagian bergantung kepada laporan penuh daripada MotoGP dan FIM.