London: Honda mengesahkan pelumba Sepanyol, Joan Mir akan kembali beraksi pada perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas terpaksa berehat daripada beberapa perlumbaan akibat masalah kesihatan.

Mir sebelum ini memberi bayangan mengenai kepulangannya menerusi hantaran di media sosial hujung minggu lalu.

Pelumba itu tidak beraksi sejak Grand Prix (GP) Austria, sekali gus terlepas perlumbaan di Jepun, Indonesia dan Australia susulan penyakit misteri yang memaksanya menjalani beberapa siri pemeriksaan bagi mengenal pasti punca masalah berkenaan.

Bagaimanapun, Mir kini mendapat kebenaran doktor untuk kembali berlumba di Sepang, litar yang menyaksikan penampilan podium terakhirnya.