SEPANG – Sebaik sahaja berakhir sesi latihan bebas Kejuaaran Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam, rungutan pelumba berhubung kualiti trek mula kedengaran.

Antara pelumba yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keadaan litar Sepang adalah pelumba pasukan KTM Racing, Pedro Acosta apabila menyifatkan permukaan trek sudah tidak sempurna.

Kata pelumba dari Sepanyol itu, permukaan litar sudah semakin terjejas apabila batu kecil mula terkeluar sehingga menyebabkan tayar jentera kurang mencengkam ketika mengambil selekoh.

“Seperti setiap tahun, keadaan permukaan trek nampaknya semakin teruk. Ada bahagian yang kelihatan sudah rosak dan kehilangan lapisan permukaannya.