KUALA LUMPUR: Kemenangan tipis 1-0 Selangor ke atas Star City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi, menyaksikan Gergasi Merah terus membentuk saingan sengit bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perebutan kejuaraan Liga Super musim ini.

Keputusan itu menyaksikan Selangor yang berada di tangga kedua meneruskan tekanan terhadap pendahulu, JDT dengan kedua-dua pasukan itu yang merekodkan kemenangan bersih dalam enam perlawanan terikat pada 18 mata.

Pengendali Selangor, Kim Pan-gon menjelaskan, memang menjadi impian setiap jurulatih serta pasukan untuk berada di puncak dan mencabar kedudukan teratas liga.

Pengendali dari Korea Selatan itu turut lega anak buahnya berjaya meraih tiga mata penting berdepan Star City apabila terpaksa mengekang kebangkitan yang cuba dilakukan pasukan lawan terutama selepas Chrigor Moraes dilayangkan kad merah pada minit ke-83.