Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah institusi beraja melambangkan kesinambungan, kestabilan, khidmat dan tanggungjawab. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Walaupun masyarakat terus berubah seiring peredaran zaman, peranan asas raja berperlembagaan kekal utuh dalam memastikan kestabilan dan keharmonian negara, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Baginda bertitah, institusi beraja memikul tanggungjawab menjunjung perlembagaan, memastikan kesinambungan institusi serta menjadi lambang perpaduan yang merentasi perbezaan politik.
“Institusi beraja memberikan kestabilan ketika berdepan perubahan dan mengingatkan kita bahawa institusi yang bertahan sepanjang zaman terus memainkan peranan penting dalam memelihara keharmonian negara,” titah baginda dalam wawancara khas sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor.






%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F06%2F4718f393d6e72d11bf55590beeabe0ca.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
