London: Berbekalkan baju perisai lengkap dan bersenjatakan tombak, sekumpulan penduduk London menghidupkan semula sukan pertarungan tombak zaman pertengahan menggunakan basikal elektrik dalam acara unik yang menarik perhatian ratusan penonton.
Pertandingan yang berlangsung di London Fields Park pada 31 Oktober lalu itu menyaksikan peserta berpakaian seperti kesatria beradu kekuatan dengan menunggang basikal elektrik jenama Lime, menggantikan kuda yang digunakan dalam sukan tradisional berkenaan.
Dengan bantuan kuasa bateri, peserta memecut ke arah lawan sebelum cuba menjatuhkan mereka menggunakan tombak, sekali gus mencetuskan sorakan dan gelak tawa penonton yang membanjiri lokasi acara.
Suasana pertandingan turut dimeriahkan dengan muzik rock, persembahan tarian serta peserta yang mengenakan pelbagai kostum berinspirasikan zaman pertengahan.









