mohdsyazwan@hmetro.com.my

Jakarta: Bahang perlawanan penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), di sini, petang ini, seakan tidak dirasai penyokong Harimau Malaya apabila kelibat mereka masih belum kelihatan di sekitar perkarangan stadium kurang sejam sebelum sepak mula.

Sebaliknya, suasana di sekitar GBK lebih dimeriahkan penyokong Indonesia yang mula memenuhi kawasan stadium biarpun aksi final antara Indonesia dan Thailand hanya dijadualkan berlangsung jam 8 malam waktu Indonesia.

Kehadiran penyokong tuan rumah itu turut mencuri perhatian kerana perlawanan Malaysia menentang Vietnam dijadualkan berlangsung lebih awal, namun bahang final yang membabitkan skuad Garuda sudah mula terasa di sekitar GBK.