Secara keseluruhan JSJN akan melupuskan 45,711kg dadah pepejal dan 60,880 liter dadah cecair di seluruh negara tahun ini dengan nilai anggaran RM1.93 bilion.SHAH ALAM: Polis melupuskan 37,276kg atau kira-kira 37.3 tan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.71 bilion di Selangor membabitkan 6,526 kertas siasatan bagi kes antara 2009 hingga 2025.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata pelupusan itu sebahagian usaha pihaknya memastikan semua barang kes dadah dimusnahkan mengikut prosedur ditetapkan.
“Proses pelupusan ini merupakan peringkat akhir pengurusan barang kes narkotik yang telah mendapat kelulusan untuk dilupuskan,” katanya pada sidang media sempena majlis pelupusan barang kes JSJN di IPK Selangor, hari ini.









