PARIS: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan memberi akses kepada ahli majlisnya untuk meneliti dokumen penting berkaitan cadangan FIFA Forward Enterprise (FFE) yang dibatalkan, menurut sumber kepada Reuters, semalam.
FIFA membatalkan rancangan penjualan hak Piala Dunia bernilai AS$20 bilion (RM81 bilion) pada awal musim panas lalu, hanya beberapa hari selepas ia diumumkan kepada umum, susulan bantahan hebat yang turut mengancam kedudukan Presidennya, Gianni Infantino.
Setiausaha Agung FIFA, Mattias Grafstrom menghantar surat kepada ahli Majlis FIFA dengan menjemput mereka mendaftarkan minat untuk meneliti dokumen berkenaan mengikut syarat tertentu di ibu pejabat badan induk itu di Zurich, menurut sumber terbabit.








