London: Pengendali Manchester United, Michael Carrick menegaskan beliau tidak meragui komitmen Lisandro Martinez meskipun pertahanan itu mencetuskan kontroversi susulan kritikan terhadap pengurusan kelab sebelum mempamerkan aksi mengecewakan ketika menentang Chelsea.

Martinez dilayangkan kad merah di Stamford Bridge selepas melakukan kesalahan yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea untuk mendahului 2-0.

Dalam tempoh sebulan lalu, pemain antarabangsa Argentina itu turut bertanggungjawab terhadap jaringan penyamaan lewat Tottenham ketika seri 1-1 di Old Trafford selain mengkritik Pengarah Bolasepak United, Jason Wilcox selepas kekalahan 0-2 kepada Atletico Madrid.

Pemain berusia 28 tahun itu bakal tamat kontrak pada penghujung musim ini, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa tingkah lakunya, sama ada di dalam atau luar padang, mempunyai kaitan dengan hasrat untuk meninggalkan kelab berkenaan.